TTT Advokasi

16 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

15 Disember 2018 – Pada jam 2.30 petang hingga ke 5.30 petang, Pengurus PI Linggi iaitu Puan Yusaini Md Yusof telah memberikan penerangan dan latihan (TTT-Train The Trainer) kepada Penolong Pengurus PI Linggi dan Sukarelawan PI seramai 2 orang.

Bertemakan ‘Membina Resilen Digital Dalam Memperkasa Komuniti’ advokasi ini menyentuh tentang Asas – Inisiatif Keselamatan Internet dari SKMM, Membina Kebingkasan & Pengurusan Risiko Dalam Talian.

Modul-modul ini nanti akan disampaikan melalui kelas-kelas atau taklimat advokasi kepada seluruh komuniti bagi memastikan objektif utama iaitu Membina Resilen Digital Dalam Memperkasa Komuniti dapat dicapai.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali